INFO & ARTIKEL


APA ITU STEM CELL?

RAHSIA keajaiban untuk kekal sihat, kelihatan muda dan bertenaga ditemui sejak berabad lama. Malah ramai individu tidak kira wanita atau lelaki sanggup berhabisan wang ringgit untuk memiliki pakej menarik itu. Tetapi percayakah anda, hanya dengan sebiji epal mampu mengatasi masalah penuaan. Mungkin agak sukar untuk kita mempercayainya tetapi itulah realitinya kerana buah itu mengandungi bahan anti oksidan yang tinggi.

Hasil kajian turut mendapati epal bukan sahaja dianggap bahan anti-pengoksida, malah ia berupaya mencegah penyakit barah. Pengurus Unit Perniagaan Mibelle Biochemistry Switzerland juga pengasas (founder) stem cell, Dr Fred Zulli berkata, pengambilan sebiji epal atau jusnya setiap hari mampu melambatkan proses penuaan.

Gambar: Perjanjian usahasama bersama pengasas Apple Stem Cell: Dr. Fred Zulli

"Sel stem epal berkesan menjadikan seseorang individu itu kembali merasai nikmat keremajaan dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit dan membaiki epidermis iaitu lapisan luar kulit selain membentuk pigmen kulit".

"Sel hayat dalam badan manusia mempunyai jangka hayat terhad disebabkan faktor peningkatan usia selain keadaan persekitaran dan pemakanan harian yang tidak sihat".

"Ia secara tidak lansung menyebabkan kulit kurang anjal dan tegang serta otot tisu pada kulit mengedut, sekaligus mempercepatkan proses penuaan," katanya ketika ditemui baru-baru ini. Di Switzerland rata-rata penduduknya mengamalkan memakan sejenis buah epal diberi nama Uttwiler Spatlauber yang membekalkan banyak khasiat kepada kesihatan.


Buah epal Uttwiler Spatlauber ini sangat istimewa kerana ia berupaya kekal segar dalam tempoh 6 hingga 8 bulan walaupun tidak diletakkan di dalam peti sejuk. Sebuah syarikat tempatan, Biocareer International Sdn Bhd (BCI) telah mengambil inisiatif berkongsi kebaikan buah-buahan ini dengan mengeluarkan produk kecantikan - Moisturizer dan minuman kesihatan - Nutrifresh yang diberi nama Double Stem Cell dan Triple Stem Cell

Kaedah Phyto-CellTec

Sel stem epal yang terdapat dalam produk ini menggunakan kaedah Phyto-CellTec. Lebih menarik buah ini kaya dengan phytonutrien, protin dan mempunyai sel hidup yang tahan lama. Produk Double Stem Cell dan Triple Stem Cell ini boleh dijadikan makanan tambahan kepada pengguna kerana ia bukan sahaja melambatkan proses penuaan malah menjadikan anda sihat dan lebih bertenaga.

Produk Moisturizer boleh digunakan oleh sesiapa sahaja samaada lelaki atau perempuan tanpa was-was manakala produk Nutrifresh ini boleh diminum oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan ia tidak mendatangkan bahaya kepada ibu yang sedang mengandung. Kebanyakan orang akan kehilangan sebanyak 30% fiber kolagen ketika mereka mencecah usia 40-an dimana ianya menyebabkan kedutan dan kulit mula mengendur. Rousselot Hydrolysed Collegen dalam sel stem epal ini membantu mempertahankan dan meningkatkan fiber kolagen yang menjadikan kulit lembut, tegang dan sihat dari dalam.


Berupaya Memulihkan Sistem

Sel stem epal ini juga berupaya memulihkan sistem kardiovaskular, risiko penyakit jantung, strok dan kolestrol tinggi serta mengawal diabetis, meningkatkan sistem imunisasi badan serta melegakan penyakit sendi.


Bagaimana Sel Stem Dikumpulkan?

Sel Stem boleh di dapati dari tali pusat bayi yang baru dilahirkan, juga boleh didapati dari sel organ dan sel sum sum tulang manusia. Darah di dalam tali pusat bayi adalah sumber sel stem yang sangat bernilai secara genetiknya unik kepada bayi dan keluarganya sahaja. Sel stem juga dewasa kini banyak diambil dari sel haiwan seperti arnab.

Kecanggihan teknologi perubatan sel stem tidak ada penghujungnya... Penyelidikan tentang sel stem semakin giat dijalankan oleh saintis dunia dan akhirnya kini Sel Stem tidak lagi diperolehi dari stem manusia atau haiwan, tapi diambil dari buah-buahan.

Salah satu buah yang paling popular dan paling banyak digunakan untuk memproduksi stem sel ialah BUAH EPAL.

Kenapa Buah Epal?

Kenapa Buah Epal? Kenapa bukan buah Durian atau Manggis atau Delima? Apa keistimewaan buah Epal dari segi perubatan?

Sebiji epal mampu mengatasi masalah penuaan. Munkin sukar dipercayai, namun itulah kenyataannya kerana buah itu mengandungi bahan anti oksidan yang sangat tinggi. Hasil kajian menunjukkan Epal bukan sahaja dianggap ahan anti-pengoksida, malah ianya juga mampu mencegah penyakit barah. Secara tidak lansung ia boleh menghalang sel dalam badan daripada mengalami kerosakan dan mematikan bahan radikal bebas yang berbahaya.

Epal mengandungi elemen kesihatan ohytonutrient yang boleh melambatkan proses pengoksidaan kolestrol yang tidak baik iaitu satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung. Pengurus Unit Perniagaan Mibelle Biochemistry Switzerland, Dr Fred Zulli berkata `Pengambilan sebiji epal atau jusnya setiap hari mampu melambatkan proses penuaan'. Sel Stem buah itu mampu memberi kesan positif kepada manusia kerana ia berupaya memperbaiki tisu dan sel dalam badan di samping menggalakkan penghasilan sel baru.

"Sel kulit manusia mempunyai jangka hayat terhad, ditambah pula usia yang semakin meningkat selain keadaan persekitaran yang tidak menentu memberi implikasi negatif kepada kulit. Secara tidak lansung keadaan itu menyumbang kepada kehilangan regangan kulit, menimbulkan kedutan dan sekaligus mempercepatkan proses penuaan" katanya ketika ditemui baru-baru ini.


Lebih menarik buah epal kaya dengan fitonutrien, protin dan mempunyai sel hidup yang panjang, malah ia ada sel tisu Malus PhytoCellTec Domestica pada sel stem pokoknya. Beliau menambah, sel tisu berkenaan didapati boleh membantu melindungi sel induk kulit manusia daripada unsur yang boleh merosakkan kulit seperti sinaran ultra ungu (UV).

Epal memiliki khasiat tersendiri yang juaga bertindak mencantikkan kulit, sekaligus mengatasi masalah penuaan. Ia juga mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi dan berupaya menggalakkan pembentukan gigi, tulang, tisu bawah kulit dan rawan yang sihat. Sel stem buah itu berkesan mengembalikan keremajaan kulit dan menggalakkan pertumbuhan sel premium kulit yang menjadi sumber utama untuk membaiki epidermis iaitu lapisan luar di samping menggalakkan pembentukan pigmen kulit.

UNTUK MEREKA YANG INGIN MENGALAMI KEAJAIBAN STEMCELL
(Masa Terhad!)

PROMOSI INI BERAKHIR PADA 30 OKTOBER 2013